Salam Hijrah

Assalamualaikum..
Hari ini tahun baru Masihi.. Pagi-pagi menonton televisyen cerita tentang Bahasa Melayu..
Jadi saya akan berusaha untuk menaip entri-entri pada tahun 2013 ini dengan Bahasa Melayu sepenuhnya dengan tiada singkatan perkataan.. (cuba untuk gunakan tatabahasa yang betul)

Tahun baru.. Banyak kenangan manis yang telah terukir semasa tahun 2012..
Apatah lagi sepanjang aku bersekolah di SMKBT2.. Dari aku 2008 sehinggalah tahun 2012..
Banyak peristiwa pahit manis, suka duka, yang tidak akan aku lupakan..
Semuanya hanya tinggal kenangan..


Pagi tadi bangun tidur.. Mak berkata kepada aku "Patutnya hari ini Aja balik asrama kan?" Sedih ayat itu.. Mengingatkan aku tentang kehidupan aku selama 5tahun duduk di asrama.. Sudah menjadi kelaziman bagi aku dan sesiapa yang tinggal di asrama bahawa mereka akan pulang sehari sebelum hari persekolahan bermula.. Jadi untuk menghiburkan hati aku menghadap 'facebook'.. Lagi mengikatkan aku peristiwa di asrama apabila kami perlu beratur untuk mendaftar bilik.. Membayar yuran asrama dan yang paling tidak aku lupakan perasaan teruja dengan ahli bilik yang baru.. bilik baru dan mendapat katil seorang satu.. Sejujurnya aku rindu dengan katil aku di asrama.. Sebenarnya dalam halaman sekolah aku ada gambar-gambar pelajar sekolah aku yang berdaftar di asrama pada hari ini.. Memilukan.. Merindukannya...


Jadi hari ini aku menghiburkan hati dengan adik-adik dekat rumah..
walaupun aku garang dengan mereka semua.. tetapi aku masih ada hati dan perasaan..
aku tidak kisah mereka gelar aku HANTU.. yang penting aku gembira dengan mereka..




kerana esok mereka semua sudah mula bersekolah..yang tinggal hanyalah budak-budak kecil..
hidup Bahagia..


.thanks for reading.smiles always.

No comments:

Post a Comment